KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO dan Pas akan segera bertemu untuk bersama-sama berbincang mengenai perkembangan politik termasuk isu krisis politik di Perak.
Pertemuan itu diadakan dalam hubungan kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional.
“Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan.Jangan mengharap untung secupak tapi akhirnya rugi segantang,” kata Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa ciapan Twitternya hari ini.
Krisis politik di Perak mengakibatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletak jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Bagaimanapun, kesemua ADUN BN menolak Ahmad Faizal namun tidak sepakat dengan ADUN Pas di negeri itu.- MalaysiaGazette