Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membina sebanyak 546,755 unit rumah mampu milik di seluruh negara sejak 2018.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, dari jumlah itu sebanyak 55,496 unit telah siap, 163,337 dalam pembinaan dan 327,922 lagi di peringkat perancangan.

Katanya, Skim Perumahan PRIMA pula sebanyak 92 projek ada bawah projek berkenaan dengan 32 darinya telah dihentikan dan selebihnya diteruskan secara berperingkat menerusi model berbeza.

“Bagi skim PRIMA ini memang sudah tidak ada peruntukan lagi sejak tahun 2016. Oleh itu, kementerian saya telah lakukan perubahan dengan menghentikan projek bawah 15 peratus, manakala projek lebih dari itu akan diteruskan pembinaan.

“Kita juga merancang untuk menambahbaikan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bawah kementerian saya dengan mengadakan kerjasama atau tukar strategi model dengan pihak swasta.

“Ini yang kita lakukan sekarang untuk memastikan rumah mampu milik dapat dibina dengan baik,” katanya menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) pada persidangan Parlimen hari ini.

Menjawab soalan tambahan Kon Yeow berapa dibelanjakan KPKT bagi PRIMA dan hutang kepada pemaju, Zuraida berkata, ketika ini ada 17 pemaju yang diberikan pampasan berdasarkan pra pembangunan, kos kerja dan faedah atas kelewatan dan sebagainya.

Kata beliau, untuk itu sebanyak RM172 juta dibelanjakan, manakala selebihnya masih dalam peringkat peruberjaya menurunkan kira-kira 30 peratus dari tuntutan itu. – MalaysiaGazette