Pemain Malaysia B- 23, Faisal Halim menewaskan penjaga gawang Filipina B- 23, Michael Asong untuk jaringan ketiga Malaysia pada perlawanan pertama Pusingan Kelayakan Kejohanan Piala AFC B- 23 2020 diantara pasukan Malaysia B- 23 menentang Filipina B- 23 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2019

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) semalam mengumumkan Mohd Faisal Abdul Halim atau terkenal dengan panggilan ‘Mickey’ menyertai skuad Penyu selama dua tahun bermula musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata keputusan untuk menggunakan khidmat pemain yang sebelum ini menyarung jersi Pahang FA itu merupakan percaturan yang dibuat Ketua Jurulatih Nafuzi Zain.

“TFC baru sahaja menandatangani kontrak Mohd Faisal selama dua tahun bermula 2021 sehingga 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rasid berkata pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan seorang pemain yang lincah di bahagian tengah.

“Beliau juga seorang pemain kebangsaan yang mempunyai kebolehan menggelecek serta kemahiran tinggi apabila beraksi,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast