Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mengalah (give up) dengan isu pengeluaran Skim i-Sinar yang masih belum memuaskan hati pecarum-pencarum di negara ini.

Lantaran itu, Tunku Alizakri didakwa ‘menendang bola’ kepada Lembaga Pengarah KWSP dan Menteri Kewangan dalam menangani isu tersebut.

Ia susulan kenyataan terbaharu KWSP malam tadi yang memaklumkan organisasi itu sentiasa mengambil berat setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Menurut KWSP, setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Artikel berkaitan:Tiada perubahan kriteria i-Sinar – KWSP

CEO KWSP janji bawa cadangan mansuh syarat i-Sinar kepada Tengku Zafrul

Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat, hanya kriteria – KWSP

Kata KWSP lagi, berhubung permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat di bawah kemudahan i-Sinar, pihaknya akan membawa perkara berkenaan kepada perhatian dan pandangan Kementerian Kewangan.

”Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tendang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan.

”Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi,” kata Najib lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Pemain bola dalam Tim kerajaan ni juga termasuk UMNO.
    UMNO cuma berhelah utk menutupi keburukan mereka sendiri.
    UMNO pun tahu kemampuan sebenar KWSP utk pencarum mengeluarkan caruman mereka.

  2. Hehehe… Bang Ajib jadi PM 10 tahun, Abah Yidin 10 bulan sahaja, kalau duit cash flow KWSP haprak sekalipun akibat tangan sapa yg kacau sana sini sampai hancuq 1MDB…. Ujung2 berlakon jadi malaikat….. Tuan penasihat…. 25%

  3. Pakat nak jadi hero rakyat. Ajak gadai semua benda yg ada hatta kubang kerbau sekalipun. Berhemah la kalau nak nasihat pun. Bersederhana sikit.

  4. Pemimpin akhir zaman, susah bak cari yg betul2 ikhlas berkhidmat.Yang ramai 3Ta.Cari Harta, Cari Takhta/ Kedudukan/ Pangkat dan Cari Wanita.LETIHHH

Comments are closed.