lori air Air Selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 yang dihenti tugas lewat malam tadi dan awal pagi ini berikutan pencemaran sumber air mentah telah beroperasi semula.

Pengurusan Air Selangor dalam kenyataan terkini pagi ini berkata, LRA Rantau Panjang  dan SSP 1, 2 dan 3 telah beroperasi semula pada jam 5 pagi selepas bacaan pada tahan 0 ton sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

Air Selangor dalam kenyataan terdahulu memaklumkan LRA Rantau Panjang ditutup pada jam 11.30 malam tadi dan SSP 1,2 dan 3 jam 1 pagi tadi.

Henti tugas ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,274 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. – MalaysiaGazette