Muhyiddin Yassin ketika menerima kunjungan Alaihuddin Mohd Taha dipejabatnya di Putrajaya. foto FB Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Malaysia mahu Brunei mempertimbangkan cadangan mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik melibatkan kedua-dua negara sebagai usaha menghidupkan semula sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Hasrat Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha di pejabatnya di Parlimen semalam.

Alaihuddin akan menamatkan perkhidmatannya pada hujung bulan ini.

Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan mengenai usaha untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek termasuk cabaran yang perlu dilalui akibat pandemik Covid-19.

”Sebagai negara berjiran, kami sependapat Malaysia dan Brunei tidak harus menjadikan pandemik itu sebagai halangan dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama yang ada,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, beliau akan melakukan lawatannya ke Brunei pada suku pertama tahun depan, sekali dengan Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-23.

Katanya, beliau telah berbesar hati untuk menerima jemputan Sultan Brunei.- MalaysiaGazette.