Razman Zakaria

KUALA LUMPUR – Pas membuat kejutan dengan tidak hadir ke Istana Kinta sebagaimana dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semalam.

Pemimpin parti itu yang sepatutnya mengadap baginda kira-kira jam 3 petang  bagaimanapun tidak kelihatan.

Namun, portal Malaysiakini melaporkan, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria sebagai berkata, pertemuan itu dibatalkan hari ini atas alasan tidak mempunyai sebarang keputusan untuk dipersembahkan kepada tuanku.

“Ya, dibatalkan,” kata Razman ringkas kepada portal propembangkang itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, walaupun Pas tidak mengadap tuanku hari ini, tetapi merancang pertemuan pada tarikh lain yang belum ditetapkan lagi.

Berdasarkan tindakan Pas itu, seolah tidak bersetuju calon Menteri Besar Perak dalam kalangan Ahli Dewan Undangan  UMNO.

Namun, alasan belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan tidak boleh diterima kerana pentadbiran kerajaan Perak yang tergendala kini sudah berlarutan selama empat hari.

Menurut Razman, Pas tidak mahu mengadap tuanku tanpa ada keputusan siapa bakal Menteri Besar yang akan disokong oleh parti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Boleh lagi ke bersama penyangak penyamun ameno.. Dh terang lagi bersuluh ameno tu x boleh pakai…insaf2 lah lebai oiii

  2. Pangkat , Jawatan , Kuasa , Harta Dunia…..
    Bila dah dapat dn rasa……
    Perjuangan dulu dan langkah terkini…
    HANCUR BINASA BINA DOSA….

Comments are closed.