RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menolak tuduhan beliau telah menghantar skuad serangan untuk membunuh bekas pegawai perisik yang dibuang negara.
Dalam tuntutan yang dikemukakan di mahkamah Amerika Syarikat, Saad al-Jabri mendakwa cubaan pembunuhan itu berlaku di Kanada, lokasi ketika dia melarikan diri tiga tahun yang lalu.
Jabri mendakwa Mohammed bin Salman mahu dia mati kerana menyimpan terlalu banyak rahsia.
Sebaliknya, Putera Mahkota – yang dianggap sebagai pemerintah de-facto Arab Saudi mendakwa Jabri berusaha menyembunyikan kejahatannya sendiri.
Dalam tuntutannya, Jabri mendakwa Mohammed bin Salman sebagai ketua negara kebal daripada didakwa.
Malah, Mohammed bin Salman turut didakwa kebal daripada tindakan sivil di AS.
Namun, Jabri memfailkan tuntutan di bawah undang-undang Statut Tort Alien dan Akta Perlindungan Mangsa Penyeksaan 1991, yang memungkinkan warga negara asing mengajukan aduan di AS atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Putera Mahkota yang berusia 35 tahun itu mengatakan tuntutan Jabri “penuh dengan drama, termasuk menyamakan Mohammed bin Salman sama dengan salah seorang penjahat terhebat Shakespeare”.
Jabri, 61, selama bertahun-tahun didakwa bekerjasama dengan agensi perisik barat lain di Arab Saudi. – MalaysiaGazette