Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Lima lagi kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 di negara sebanyak 401.

Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 214 termasuk tiga kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Merbok di Selangor, Kluster Lintas di Sabah, dan Kluster Telipok di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Katanya,  jumlah kluster aktif yang dipantau oleh KKM adalah sebanyak 187 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (843 kes), Kluster Hentian (315 kes) dan Kluster Tembok (104 kes).

“Kluster-kluster baharu pula adalah Kluster Tapak Bina Jalan Bukit di Hulu Langat; Kluster Tapak Bina Condong di Lembah Pantai; Kluster Tapak Bina Jalan Stadium di Titiwangsa; Kluster Jalan Dalam di Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru serta Kluster Tenun Merah juga di Batu Bahat, Johor,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terbaharu Covid-19, hari ini.

Sehubungan itu,  Noor Hisham mengingatkan orang ramai agar patuh kepada saranan KKM untuk menjaga kebersihan diri serta patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ujarnya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette