ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad angkat sumpah jawatan sebagai MB Perak ke-14 di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 11.20 pagi.-BERNAMA

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu pagi ini.

Beliau melafazkan sumpah ikrar di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 11.18 pagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Perak itu tiba di Istana Iskandariah pada jam 11 pagi dengan dihadiri sebahagian besar Ahli Dewan Undangan (ADUN) dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, adalah saya, Saarani bin Mohamad yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak, bersumpah, berikrar bahawa sesungguhnya saya pada tiap-tiap masa, bila-bila dikehendaki, memberi dan seterusnya nasihat-masihat saya, dalam sesingkat mana dan daya upaya timbangan saya kepada yang Maha Mulia Sultan ialah bagi kesempurnaan urusan hal ehwal negeri,” lafa beliau dalam majlis istiadat pelantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.

Beliau yang memakai baju Melayu dan bersongkok hitam kemudian menandatangani watikah pelantikan itu bagi menyempurnakan urustadbiran kerajaan negeri Perak.

Penyandang sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berdepan dengan usul undi percaya dalam kalangan ADUN UMNO dan PH pada sidang DUN negeri itu pada Jumaat lalu.

Baginda Sultan Nazrin Shah kemudian menerima mengadap Ahmad Faizal dan berkenan menerima peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa 5 Disember lalu. – MalaysiaGazette