Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah melambaikan tangan kearah pengamal media selepas sidang media khas di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Setelah mengumumkan kerjasama dengan dengan veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam membentuk kerajaan baharu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib tidak akan ada dalam kerjasama itu.

Dr. Mahathir menjelaskan sekiranya menerima bekas Perdana Menteri keenam itu, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan tidak akan melepaskan jawatannya.

“Dengan Datuk Seri Najib saya tidak boleh kerjasama. Saya minta maaf, saya dijemput untuk menjadi Perdana Menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri lagi.

“Saya kata kepada mereka satu kerajaan yang bergantung kepada Datuk Seri Najib untuk jadi kerajaan bukanlah satu benda yang saya boleh terima. Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima. Dia ambil lah,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari, hari ini.

Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh hari ini mengumumkan untuk bekerjasama bagi membangunkan semula negara sebagai Harimau Asia.

Beliau secara terang-terangan mengharap Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat agar menolak Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 pada sesi bacaan kali ketiga esok.

Langkah itu, kata Dr. Mahathir, penting kerana kerajaan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat goyah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. jika masih dengan tidak ada keabsahan..MAKA YDPA sekarang juga tidak ada keabsahan sebagai Agong KERANA ada yang masih TOLAK kerajaan BETA…SEMBAH DERHAKA dan BIADAPIG.mrlayu MUDAH LUPA krisis perlembagaan dan umno asal 1946 di HARAMkan ANGKARA SIAPA…cuba tanya 2 orang tua ni

Comments are closed.