Mahathir Mohamad vs Najib Razak

KUALA LUMPUR – “Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot.”

Itu reaksi balas Datuk Seri Najib Razak terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pekan.

Dalam reaksi seterusnya, Najib berkata: “Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab.”

Maaf, tidak kerjasama dengan Najib – Mahathir

Dr Mahathir dalam sidang media bersama Tengku Razaleigh Hamzah di ibu negara petang tadi berkata, beliau telah dijemput menjadi perdana menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik ke jawatan tersebut lagi.

“Saya kata kepada mereka satu kerajaan yang bergantung kepada Datuk Seri Najib untuk jadi kerajaan bukanlah satu benda yang saya boleh terima. Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima. Dia ambil lah,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Blom ada lg kerajaan yg bntu rakyat bg untung 50% setahun dlm pnegaan dan kja ada gaji yg dibayar setiap bulan 12 bulan 1 tahun. Saya sedang berusaha kearah KONSEP ISLAM SAMBUT EKONOMI RAKYAT (KISER) In Shaa Allah

Comments are closed.