Wan Muhammad Azri Wan Deris

KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO meminta semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak Belanjawan 2021 jika permintaan rakyat berhubung pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium gagal ditunaikan kerajaan.

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo mengingatkan ahli-ahli Parlimen BN supaya berprinsip dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

”Bila UMNO hilang kuasa, kita hilang maruah, bila kita ada kuasa walaupun bukan sepenuhnya dalam kerajaan ini janganlah kita gadaikan maruah parti keramat UMNO dengan tidak memperdulikan nasib rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan pengundian Belanjawan 2021 yang akan berlangsung di Parlimen adalah satu ujian perjuangan antara kesetiaan dan pengkhianatan.

UMNO menerusi Pergerakan Pemuda UMNO masih memperjuangkan agar program i-Sinar yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 membenarkan para pencarum KWSP yang memerlukan wang itu demi kelangsungan kehidupan akibat terjejas pandemik Covid-19 dibenarkan mengeluarkan wang caruman tanpa syarat.

Perjuangan itu dibuat selepas KWSP mengenakan kriteria-kriteria tertentu bagi membenarkan pengeluaran i-Sinar dibuat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Siapa nak dengar cakap pemuda UMNO
    Haprakkkk.
    Telo pemimpin UMNO Abah dah pegang.
    Melawan….kena picit.

Comments are closed.