najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Rakyat kini memerlukan wajah baharu dalam arena politik selepas semakin malap apabila orang muda tidak diberi peluang terutama menjadi calon pada pilihan raya.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sekiranya mana-mana parti mahu terus relevan dan menjadi pilihan rakyat, ketokohan orang muda termasuk dalam UMNO perlu ditonjolkan.

Tegas beliau, sampai bila negara mahu veteran politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh atau Ku Li ‘mencatur’ politik Malaysia.

“Politik lama yang berteraskan penaungan, perkauman dan kronisme sudah tidak laku lagi.

“Lihatlah kembali keputusan PRU2018 apabila UMNO-BN mengalami kekalahan kerana kegagalan membawa naratif politik baharu seperti parti lawan.

“Permintaan politik pada hari ini adalah berkenaan isu-isu sejagat dan lebih universal seperti keadilan, ketelusan, tadbir urus yang cekap dan kepentingan awam berbanding politik lama yang telah ditolak oleh golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, golongan muda merupakan penentu survival sesebuah parti.

Juster jelasnya, parti perlu menyesuaikan ideologi parti dengan tuntutan golongan muda.

“Golongan ini lebih cenderung untuk memilih calon yang lebih muda, bebas daripada skandal dan mempunyai idea baharu untuk mewakili mereka.

“Semua parti mempunyai pemimpin pelapis yang perlu ditonjolkan sebagai muka baru pada PRU-15 akan datang.

”Perlu kita ingat, seramai 7.8 juta pengundi baharu akan didaftarkan sebagai pemilih selepas ini dan mereka ini akan menjadi penentu kelansungan sesebuah kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Fas x bagi jwtan glc teganu ke tu meroyan sakan mmat ni.. Yg sbetolnya ameno dh ditolak rkyat so jgn perasan yer…sptutnya diharamkn terus dr trus memporakperandakn negara

Comments are closed.