Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarah Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi balu Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Muhyiddin turut mengajak semua untuk mendoakan agar ibu Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak itu diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan.

Perdana Menteri menyatakan perkara itu menerusi laman Facebooknya dan turut memuat naik dua keping gambar beliau bersama Najib dan seorang lagi anak Rahah iaitu bekas Pengerusi CIMB Bank Mohamed Nazir.

Rahah, 87, berkahwin dengan Abduk Razak pada 4 Sept 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Mohamed Nazir, Ahmad Johari, Mohamed Nizam serta Mohamed Nazim.

— BERNAMA