Persisiran pantai di Sungai Leman bertukar menjadi ‘pesta’ apabila lebih 20 bot nelayan didakwa menceroboh dan mengutip benih kerang secara haram dari tapak semaian.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati aktiviti mengutip benih kerang secara haram itu bermula jam 11 malam tadi dan aktiviti tersebut mula disedari selepas kedengaran deruman enjin diesel bot nelayan, pada jarak lebih kurang 0.5 batu nautika dari pantai Sungai Leman.