PARIS – Presiden Perancis Emmanuel Macron disahkan positif COVID-19, kata Pejabat Presiden pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Seperti semua orang yang mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan, Presiden Macron akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari. Beliau akan terus menjalankan tugasnya dari rumah,” tambah kenyataan itu.
Pada pertengahan Oktober, isteri beliau Brigitte Macron juga disahkan positif COVID-19 dan kemudian menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.
Macron menjadi pemimpin utama dunia terkini dijangkiti virus itu, termasuk Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Britain Boris Johnson, kedua-duanya telah pun sembuh.- BERNAMA