Harga runcit produk petroleum naik bagi tempoh 19 Disember 2020 sehingga 25 Disember ini.

KUALA LUMPUR – Harga runcit produk petroleum naik bagi tempoh 19 Disember 2020 sehingga 25 Disember ini.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak lima sen seliter kepada RM2.08 seliter dan RM1.78 seliter.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast