20 guni benih kerang yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas pemeriksaan yang dijalankan ke atasnya di kawasan berhampiran pantai Sungai Leman, Sekinchan semalam menemui sebanyak 10 guni anak kerang di dalam kereta.

Turut ditemui sebanyak 10 guni anak kerang lagi berhampiran kenderaan terbabit dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM20,000.

Jabatan Perikanan Negeri Selangor berkata, lelaki itu didapati melakukan kesalahan-kesalahan  di bawah Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2003  Akta Perikanan 1985.

Antara benih kerang yang ditemui dalam rampasan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan NEgeri Selangor di Sungai Leman, Sekinchan, semalam.

Artikel berkaitan:Lebih 20 bot nelayan rompak benih kerang pantai Sungai Leman?

Menurut jabatan itu, tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa anak kerang dari suatu tapak kerang semulajadi atau tapak kerang kultur.

Hasil tangkapan itu, sebanyak 20 guni anak kerang ditemui.

Tangkapan itu dilakukan oleh kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam dibantu oleh Cawangan Perlindungan Sumber Pelabuhan Klang, Jabatan Perikanan Negeri Selangor di sekitar pantai Sungai Leman,Sekinchan.

Kesemua 20 guni anak kerang, sebuah kenderaan jenis proton wira, enam tangguk tangan dan satu penyukat anak kerang dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette