Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin keluar dari ruang kecemasan selepas ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah menghembuskan nafas terakhir di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Haji Mohamed Noah atas kepulangan allahyarhamah ke pangkuan Ilah hari ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sebagai seorang tokoh wanita yang banyak berjasa kepada negara, allahyarhamah sentiasa disanjungi oleh rakyat atas penglibatan aktif dalam kerja-kerja kebajikan yang bertujuan membela nasib dan membantu kaum wanita.

“Pemergian allahyarhamah merupakan kehilangan besar kepada negara dan kemesraan allahyarhamah akan sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Hamzah berkata PN berharap agar seluruh anggota keluarga allahyarhamah bersabar dan tabah atas kehilangan insan yang amat mereka sayangi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast