KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Rahah Mohamed Noah meninggal dunia di sini hari ini.
Sebelum itu ibu kepada Datuk Seri Najib Razak itu menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada.
“Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” kata Najib dalam media sosialnya hari ini. – MalaysiaGazette
Takziah. Moga arwah ditempatkan di kalangan org org beriman.