KUALA LUMPUR – Selain sibuk melayari laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat permohonan i-Sinar hari ini, warga net juga tertarik dengan avatar bernama Elya.
Elya adalah avatar wanita yang merupakan penasihat kewangan dalam talian KWSP.
“Hai, saya Elya, penasihat online KWSP.
“RM10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM25,6333.04 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun,” katanya.
Ini membuatkan warga net menganggap Elya sama seperti penasihat kewangan sebenar yang memberikan pandangan profesionalnya sebelum seseorang pemohon itu membuat permohonan i-Sinar mereka.
Nasihat itu juga membolehkan para pemohon membuat pertimbangan teliti dan memahami risiko sekiranya membuat pengeluaran simpanan hari tua mereka.
“Kuat psycho Elya ini,” kata pengguna Facebook Khairul Azri.
Manakala pengguna Facebook Zulfitri berkata: “Dua kali dia psycho. Mula-mula masa letak jumlah (pengeluaran) dan kedua, semasa hendak membuat pengesahan. Berhantu betul.”
Permohonan i-Sinar dalam talian telah dibuka hari ini.
Permohonan boleh dibuat menerusi https://isinar.kwsp.gov.my/.
-MalaysiaGazette
Betul lah tu. Cuma umno tak mahu kamu ada duit nanti. Biar hidup susah senang kerajaan umno tanggong. orang senang jarang sokong umno kecuali yang ada kepentingan.
Abang Ajib kan ada… Apa takut… Kurang duit kita cari 2MDB…3MDB… 4MDB…PULAKKKKK