Lewis Hamilton

LONDON – Lewis Hamilton diangkat sebagai Personaliti Sukan Terbaik BBC 2020.

Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali kelahiran Britain itu dipilih untuk menerima anugerah itu ekoran kejayaan menyamai rekod juara dunia F1 tujuh kali, Michael Schumacher.

Pelumba Mercedes berusia 35 tahun juga mengenepikan pemain bola sepak Liverpool Jordan Henderson dan juga pelumba kuda Hollie Doyle.

Ahli tinju Tyson Fury dan pemain kriket England Stuard Broad juga antara atlet yang tersenarai untuk anugerah tersebut.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang tercalon untuk anugerah ini.

“Saya bangga atas pencapaian mereka dan juga orang yang mengundi serta memilih saya untuk menerima anugerah ini.

“Saya terkejut kerana ada banyak lagi atlet yang lebih berbakat di luar,” kata Hamilton.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast