PARIS – Tiga pegawai polis Perancis ditembak mati selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah mereka sejurus tiba di sebuah rumah di di kawasan terpencil.

Polis tiba di rumah berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada seorang wanita berhubung aduan keganasan rumah tangga.

Wanita yang menjadi mangsa berada di atas bumbung rumah yang terbakar, berjaya diselamatkan oleh polis.

Polis sedang mengesan lelaki yang bersenjata yang masih bebas.

Seluruh kawasan keluar, masuk telah ditutup demi melindungi keselamatan penduduk terbabit, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Kenyataan itu turut memaklumkan, tiga anggota polis yang terbunuh dalam insiden itu berusia 21, 37 dan 45 tahun.

Seorang lagi anggota polis cedera tetapi dalam keadaan stabil.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast