SHANGHAI – China telah menyiasat berkenaan anti monopoli ke atas Alibaba Ant Group dan akan memanggil dan akan bertemu dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan dalam masa terdekat.
Ia merupakan tamparan kepada pemiliknya, Jack Ma.
Siasatan yang dijalankan adalah sebahagian daripada tindakan mempercepatkan tingkah laku monopoli di ruang internet China yang sedang berkembang pesat.
Perkara itu timbul ketika penggantungan dramatik China pada bulan lalu daripada rancangan penawaran awal Ant Group yang bernilai USD37 dolar – dua hari sebelum sahamnya bermula di Shanghai dan Hong Kong.
Akhbar People Daily memberitahu, jika monopoli ditoleransikan dan syarikat-syarikat dibenarkan berkembang dengan cara yang tidak teratur dan biadab, industri tidak akan berkembang dengan cara yang sihat dan baik.
Ujar pengawal selia di negara berkenaan, mereka telah memberi amaran kepada Alibaba mengenai perkara tersebut di mana peniaga dikehendaki menandatangani perjanjian kerjasama eksklusif yang telah menghalang mereka daripada menawarkan produk di platform pesaing.
Selain itu, menurut pernyataan yang berasingan oleh People’s Bank of China pada hari Khamis, pengawal selia kewangan juga akan bertemu dengan gabungan fintech Alibaba Ant Group.
Mesyuarat itu akan membimbing Ant Group untuk melaksanakan pengawasan kewangan, persaingan yang adil dan melindungi hak dan kepentingan pengguna yang sah,” kata The State Administration for Market Regulation’ (SAMR) dalam kenyataan itu.
Ant Group mengatakan pihaknya telah menerima notis pemberitahuan dari pengawal selia dan akan mematuhi semua syarat peraturan.
Alibaba juga mengatakan mereka akan bekerjasama dalam siasatan dan operasi perniagaannya tetap akan berjalan seperti biasa.
Ketua Primavera Capital Group, Fred Hu yang juga pelabur Ant Group mengatakan pasaran global akan memerhati dengan teliti bagi melihat apakah langkah bermotifkan politik atau penguatkuasaan undang-undang yang tidak memihak.
“Akan menjadi tragedi jika undang-undang anti monopoli hanya dilihat sebagai ‘menyasarkan’ syarikat teknologi swasta yang berjaya sahaja,” katanya.- MalaysiaGazette