LONDON – Analisis awal varian baharu Covid-19 yang ditemui di Britain berkemungkinan berasal dari penularan virus individu yang dijangkiti wabak itu secara kronik.

“Varian ini telah dijumpai dalam kes yang berkaitan dengan Afrika Selatan,” kata Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock semalam.

Jabatan Kesihatan Afrika Selatan pada minggu lalu mendakwa kluster baharu virus Covid-19 ini telah dijumpai dan mungkin akan menyebabkan jangkitan baharu di sana.

“Hasil kemampuan genomik Afrika Selatan yang mengagumkan, kami telah mengesan dua kes varian koronavirus baharu di United Kingdom (UK).

“Kedua-duanya adalah kontak kes yang telah melakukan perjalanan dari Afrika Selatan selama beberapa minggu yang lalu.” Kata Hancock pada media.

Britain sudah berusaha mengekang penyebaran virus yang bermutasi sehingga 70 peratus yang mampu untuk dijangkiti oleh orang ramai.

Tambahan lagi, kajian lebih lanjut sedang dilakukan pada varian baharu itu.

Susan Hopskin dari Public Health England pula berkata, varian baru di UK yang telah kami kenal pasti adalah sangat berbeza dengan varian di Afrika Selatan kerana ia mempunyai mutasi yang berbeza.

“Kami tidak memiliki bukti pada masa ini bahawa vaksin ini tidak akan berfungsi.

“Namun, dari apa yang ingin saya maksudkan adalah terdapat bukti kuat ia akan berfungsi kerana vaksin ini menghasilkan tindak balas imun yang kuat dan luas yang mampu bertindak terhadap variasi virus ini.” katanya. – MalaysiaGazette