Kes baharu positif Covid-19 hari ini kekal mencatatkan empat angka iaitu sebanyak 1,247 kes dengan 3 kematian direkodkan sekaligus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 101,565 kes.
Bagaimanapun, kes sembuh Covid 19 kembali mencatatkan lebih tinggi iaitu 1,441 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan daripada 1,247 kes baharu yang dilaporkan, 2 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,245 kes adalah penularan dalam negara.