Aiman Athirah

KUALA LUMPUR – Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) ke 15, Pakatan Harapan (PH) perlu menerima sekutu baharu dalam membentuk satu gabungan besar yang baharu.

Gesaan itu dizahirkan oleh sayap wanita Parti Amanah Negara.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Senator Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah perlu mencari sekutu yang baharu bagi mendapatkan semula mandat rakyat yang dirampas pada Februari lalu.

“Berdasarkan kepada dinamisme politik semasa dan tuntutan awam di luar sana, AWAN berpandangan bahawa PH harus segera melakukan penjenamaan semula termasuk merombak gandingan PH ke arah pembentukan sebuah gabungan besar-besaran untuk merangkumi sekutu baharu, dan sudah tentu dasar-dasar bersama yang juga baharu,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Wanita Amanah di Melaka, hari ini.

Tambah Aiman Athirah, dasar dan segala manifesto mesti dirangka secara bersama danĀ  dipersetujui oleh semua parti.

Ia perlu bagi memastikan PH tampak bersedia untuk menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.

“Dasar prinsip dan manifesto tersebut harus siap dipertahankan tanpa apologetik ketika kita menghadapi pelbagai segmen pengundi dan penyokong masing-masing termasukĀ  hal-hal penetapan pembahagian kerusi calon-calon yang bebas daripada membawa DNA haiwan melompat,” katanya.

Dalam pada itu, Wanita Amanah juga menggesa agar gabungan PH yang baharu menampilkan saf kepimpinan yang baharu dengan menampilkan imej yang lebih segar tanpa dibelenggu sejarah terlampau.

“Saf pimpinan yang baru daripada generasi seterusnya ini harus telus dan terbuka menaburkan wacana dan suasana baru menggilap semua idealisme dan mengupah restu masyarakat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Senator Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah perlu mencari sekutu yang baharu bagi mendapatkan semula mandat rakyat yang dirampas pada Februari lalu…..Minah Aiman yg telah lari dari JEMAAH…mengencing dgn
    dIRUNTUHKAN kerana GILA bila nak jadi PM….sendiri BERAK ditengah JALAN…tapi salahkan orang lain….SIFAT MUNAFIKUN pada MANIFESTO PRU 14 …mungkir janji MENIPU dan KHIANAT MANDAT rakyat yang MENGUNDI telah dibalas ALLAH hanya 22 bulan.

Comments are closed.