Reaksi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Cassia Diamond, Kluster Pompod, Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa.

Dengan pertambahan ini, menjadikan jumlah kluster sebanyak 472 kluster dan  kluster yang telah tamat pula sebanyak 268 kluster termasuk enam kluster hari ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Cassia Diamond melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke99203) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 76 individu telah disaring, yang mana 25 kes telah dikesan positif dalam kluster ini.

Manakala Kluster Pompod pula daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah, iaitu kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82544) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 216 individu telah disaring, dengan 19 kes disahkan positif, ujarnya.

Kluster Tapak Bina Kiara pula melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 372 individu telah disaring, yang mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Sementara itu, Kluster Tapak Bina Perkasa pula di Cheras dengan kes-kes dilaporkan pada 22 Disember lalu melalui saringan di tapak binaan.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 451 individu telah disaring, yang mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. – MalaysiaGazette