Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary. foto MOHD ADZLAN, 19 OKTOBER 2020.

KOTA BHARU – Tindakan pemimpin tertinggi sebuah anak syarikat Tabung Haji (TH) mengeluarkan kata-kata kurang sopan seperti yang dipaparkan dalam video yang kini tular, tidak mewakili imej sebenar syarikat itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu adalah kesalahan peribadi individu berkenaan.

Individu terbabit juga sudah memohon maaf, katanya  kepada pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Peringkat Pengkalan Chepa, di Dewan Pusat Asuhan Tunas Islam di Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, ada keperluan untuk isu tersebut disiasat bagi mengenal pasti dalang di sebalik kebocoran rakaman video itu.

“Mesyuarat itu sebenarnya adalah tertutup dan kita tidak tahu bagaimana ia boleh bocor… Barangkali ada perkara perlu dilakukan siasatan secara menyeluruh dan komprehensif daripada aspek pentadbiran,” katanya.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi hampir tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn Bhd Damanhuri Mahmod mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam satu mesyuarat yang dipercayai melibatkan kakitangan pentadbiran syarikat hartanah berkenaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast