KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu mahu Pas menyatakan semula kedudukan penyokongnya yang mati dalam tragedi Memali sebagai syahid atau tidak.
Menurutnya, ia perlu kerana Pas sekarang bekerjasama baik dengan UMNO – bekas musuh yang pernah dikafirkan oleh oleh pemimpinnya satu masa dahulu melalui Fatwa Haji Hadi.
“Nak tanya kedudukan mereka terbunuh Memali itu syahid atau tidak? Saidina Hamzah, Jaafar Abi Talib, Sumayyah dulu dan sekarang kita anggap dia syahid. Ini nak tanya Pas syahid atau tidak penduduk Memali yang menentang pemerintah (UMNO) semasa itu?
“Kalau tidak, Pas kena minta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana menimbulkan perpecahan, sekarang ini dia (Pas) dengan UMNO (tunjuk jari tanda bekerjasama),” katanya semasa penggulungan Konvensyen Amanah 2020 yang disiarkan secara langsung hari ini.
Menurut Mohamad, Fatwa Haji Hadi menjadi indoktrinasi selain amalan takfiri (kafir mengkafir) sehingga menyebabkan pertumpahan darah.
Selain itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga mengandaikan peluang parti Amanah ‘merampas’ Kelantan juga semakin cerah pada PRU-15 memandangkan negeri itu kini mencatatkan jumlah keahliaan yang paling tinggi.
Lagi pun, katanya, ramai rakyat di negeri itu kini dalam keadaan ‘terpinga-pinga’ terutama ahli-ahli Pas selepas pucuk pimpinannya kini berbaik-baik dengan musuh tradisi mereka, UMNO.
Dahulu, katanya, ahli-ahli Pas di Kelantan menyamakan UMNO seperti ‘pengat tahi’ dan tidak boleh makan berbanding Pas sebagai ‘pengat pisang’ namun kini ahli Pas terpaksa makan ‘pengat tahi.’- MalaysiaGazette
Tak payah tanya PAS lah, pendirian kamu itu sendiri macam mana. Klu dulu semasa bersama PAS jenuh kamu bawa isu ini sampai bertegang urat leher. Sekarang masih lagi ker.
Tak usah sibuk dengan isu yg dah lapuk ni. Rakyat dah muak dengan isu2 x der standard ni. Pergi turun ke kawasan parlimen sendiri tengok kalau2 ada rakyat yg susah yg perlu dibantu. Jangan nak tunggu Ustaz Ebit Liew ker atau individu2 yg lain yg tampil dulu bantu org kemudian org2 politik tak malu menempel nak ambik kredit.
Tanya balik ko Sabu kau dengan Mahathir dan Dap dulu macam mana
mat saburabut telah termakbul DOANYA…jika saya tinggalkan PAS>tuan puan boleh LIHAT ketika itu saya dan GENG2 sudah GILA …jadi jangan ikut kami. MASA timb pres pun ramai yang ragu2 dgn prinsip perjuangannya…sekarang terserlah dan condong pada DAPIGS…
Mat saburabut WAJIB PERJELASKAN dgn Tabung haram pan…fitnah berjela duit hanya ada rm 450juta semasa mentadbir kononnya sudah disonglap..tergila2 nak HAPUSkan PENCEN PA ASET TABUNG HAJI yng tergadai Kartel daging Haram..mansuhkan DAN kecilkan PA segala subsidi BRIM nelayan ibu tunggal pelajar dn siswa .MUNAFIK dalam manifesto TIADA lagi Hutang peneroka FELDA..ptptn..mansuh tol pendidikan percuma ..petrol Petronas boleh MURAH dan TURUN semua hebat dari pakar KIRA-KIRA RAFIZI..dan KEMARUK jadi PM dari anwar GILAAA dengan NO mbor EKORnya