KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima pengiktirafan pemenang tempat kedua – institusi pilihan graduan Malaysia di bawah kategori sektor badan-badan berkanun.

Kemenangan TH itu memasuki tahun ketiga sejak mula menerima pengiktirafan pada tahun 2017 dan tahun 2018 hasil tinjauan dan undian 100 peratus graduan di Malaysia.

”Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan keyakinan para graduan terhadap Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi badan berkanun yang dipercayai,” kata Ketua Modal Insan TH,  Rina Sarif dalam satu kenyataan hari ini.

Pada tahun ini, TH telah berjaya menduduki tangga 40 teratas majikan terkemuka pilihan para graduan dalam senarai 100 Majikan Pilihan Graduan.

Menurutnya, pelbagai institusi-institusi lain turut dicalonkan dan menerima pengiktirafan seperti dalam sektor perbankan, automotif, insurans, kejuruteraan dan telekomunikasi.

Malaysia’s 100 adalah program pengiktirafan anugerah pengambilan siswazah terbesar di Malaysia, dan menjadi penanda aras kepada tahap kecemerlangan jenama majikan dengan mengambil kira undian para graduan setiap tahun.

Ia merupakan kajian terbesar dan paling lama dilakukan ke atas pola pengambilan siswazah di Malaysia.

Katanya, setiap tahun, kajian yang dilakukan ini memberi peluang kepada para graduan untuk berkongsi keperluan dan kehendak mereka dalam memilih pekerjaan pertama mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast