Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Kota Kinabalu mulai hari ini hingga dimaklumkan kelak selepas seorang anggota disahkan positif Covid-19.

Penutupan itu susulan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi. Anggota tersebut kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan, manakala pengesanan kontak sedang dilaksanakan.

Sehubungan itu, ahli-ahli yang telah membuat janji temu bagi tempoh ini dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online.

Ahli juga boleh berurusan dengan mana-mana cawangan KWSP di sekitar negeri Sabah yang masih beroperasi seperti biasa atau
melaksanakan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun.

”KWSP juga telah mengambil langkah perlu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anggota dan orang ramai. Semua anggota perkhidmatan KWSP Kota Kinabalu akan menjalani ujian swab Covid-19 dan jika didapati positif, akan mematuhi tempoh kuarantin wajib selama 14 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara,” kata satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast