Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – UMNO Kelantan membuat kejutan apabila Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob mengugut akan meletakkan jawatan Pengerusi Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB) sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau memberi kata putus itu bagi menzahirkan prinsipnya untuk tidak mahu meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Machang itu memberi tempoh sehingga akhir Januari ini kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong meminta perkenankan pembubaran Dewan Rakyat.

“Sekiranya tuntutan ini tidak dilakukan sehingga tarikh ditetapkan, saya akan meletakkan jawatan dalam MPOB. Saya ada maruah, saya ada prinsip.

“Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Kalau saya tarik diri, saya akan sertakan sekali peletakan jawatan saya kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata, beliau tidak pernah meminta apa-apa jawatan dalam GLC sebaliknya pelantikan sebagai Pengerusi MPOB pada Julai lalu itu merupakan kuota bagi ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Rakyat tengah gusar hal banjir dan covid,dia sibuk pula nak PRU. Dapatkan dulu kelulusan Agong untuk PRK, barulah fikir nak PRU.

  2. Inilah sifat umno sebenar, asyik ingat kuasa, Rakyat diketepikan asal poket penuh. Kalau ada maruah dan prinsip, beliau patut menolak jawatan tu awal-awal lagi. umno ni masih ingat rakyat bodoh ke?

  3. Yg lagi sorang kemaruk tak nak geng tu tak berhenti pulak … macam sial kalau cakap akar umbi.. cuba kira berapa yg datang mensyuarat tu..

  4. Letak ja la jawatan. Ada kami keysah? Ko ingat MPOB takleh jalan klu ko takde? Hahaha.. ramai lg non politician yg layak kot..

Comments are closed.