Najib Razak

KUALA LUMPUR – Walaupun ada arahan menyuruh Datuk Seri Najib Razak berhenti memberi tekanan kepada kerajaan berhubung pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) namun beliau tetap mahu kerajaan menghapuskan segala syarat pengeluaran dengan segera.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, pengeluaran i-Sinar perlu dibuat seperti mana i-Lestari.

”Siapa yang rasa mereka ada keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit jika mereka masih ada balance (baki) dalam akaun.

“Bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga RM10k (RM10,000) sahaja,” katanya yang memaklumkan ramai yang gembira kerana permohonan pengeluaran i-Sinar diluluskan.

Meskipun begitu, ramai juga yang kecewa kerana gagal berbuat demikian.

Menurut Najib, rakyat lebih mengetahui situasi sebenar mereka dan rakyat lebih yakin duit yang dikeluarkan hari ini dapat dipulihkan dalam masa terdekat apabila keadaan ekonomi menjadi baik.

Oleh itu, kerajaan dan KWSP, katanya, perlu mempercayai rakyat kerana caruman itu memang duit mereka, tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast