Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Sama ada UMNO akan tarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau tidak – ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok.

Itu kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam satu kenyataan bertajuk Menunggu Keputusan MT malam ini.

Mengenai persoalan sama ada UMNO akan menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk PRU-15, ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat MT.

“Sepertimana yang dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO (Datuk Ahmad Maslan) lebih 140 bahagian mengusulkan menolak kerjasama dengan Bersatu. MT ambil maklum sentimen tersebut dan esok akan berbincang dan mempertimbang segenap sudut ke arah pendirian rasmi,” katanya lagi.

Mengenai berlaku kerjasama UMNO dengan DAP pula, Shahril berkata, jika ‘pertalian’ UMNO dan Bersatu terputus sekali pun ia tidak bermakna parti begitu cepat menggantikan dengan pihak lawan tanpa usul periksa.

Beliau bagaimanapun enggan memberi komen mengenai hubungan dengan Pas namun menyatakan UMNO masih menaruh harapan untuk mengukuhkan hubungan bersama parti itu dan tidak membelakangkan persahabatan dalam Muafakat Nasional.

Berkaitan isu Tan Sri Annuar Musa ‘dipecat’ dari jawatan Setiausaha Agung BN, beliau menegaskan ia tidak sedikit pun mengurangkan jasa Ahli Parlimen Ketereh itu di dalam parti.

“Benar, lewat ini Tan Sri Annuar dilihat berlainan arus dan tegas dengan pendiriannya dalam beberapa hal yang kurang disenangi ramai dalam parti tetapi setakat hari ini, beliau masih orang UMNO dan saya yakin beliau kekal setia bersama parti walaupun tanpa jawatan pusat. Selagi beliau kekal setia, pengalaman dan kebijaksanaan beliau harus menjadi aset parti,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. APA YANG SEDANG DIKEJAR NYA ..
    APA YANG SEDANG DIKENDUNGNYA PULA..
    APA PULAK YANG AKAN DIDUKUNGNYA NANTI.
    HARI INI RAKYAT MELIHAT DGN PENUH KEINSAFAN DN BERMUHASABAH DIRI AKAN SENARIO POLITIK OLEH PEMIMPIN2 MELAYU ISLAM KHUSUSNYA YG SEDANG BERAKSI DALAM PAPARAN WAYANG TINGGI PRODUCTIONS (WTP)…
    INSAF DN MUHASABAHLAH DIRI DN IMAN ITU WAHAI SAUDARA2KU PEMIMPIN2 POLITIK …
    ‘JANJI ALLAH ITU PASTI NAMUN JANJI MANUSIA DIMUNGKIRI….’
    YA ALLAH BERILAH HIDAYAH DN PEDOMAN ISLAM DN IMAN KEPADA DIRIKU JUGA SEMUA SAUDARA2KU PEMIMPIN2 POLITIK DINEGARA TERCINTA INI..
    AAAMIIN YRA…

Comments are closed.