Pengasas SiHulk, Dr. Shuhainie Mohamed di Ampang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR – Pemilik minuman SiHulk sedia memberi kerjasama termasuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung ‘penawar’ yang ada di dalam produknya.

Dr. Suhaini Mohamad mengakui bertanggungjawab atas nama yang diletakkan sebagai ‘Penawar Covid’ atas beberapa faktor bukan sekadar promosi.

“Pertamanya, banyak orang yang ada simptom Covid-19 seperti batuk, sakit tekak dan dada pulih dengan asbab SiHulk selain ada banyak bukti testimonial dari pesakit Covid-19 sendiri,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Semalam KKM dalam laman media sosialnya menyatakan promosi salah seorang ahli SiHulk mempromosi minuman itu penawar Covid-19 sesuatu yang tidak benar dan menganggap ia bertujuan untuk mengambil kesempatan daripada penularan pandemik yang berlaku.

Menurut Suhaini, beliau bertanggungjawab terhadap minuman yang berasaskan peraman madu yang dikilangkan sendiri di Johor Bahru sejak tahun 2017 lagi.

Pengasas SiHulk, Dr. Shuhainie Mohamed di Ampang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL.

“Saya syorkan agar pihak yang terbabit menyelidiki dan menyiasat kebenarannya. Buat ujian keberkesannnya dan sekiranya ia berkesan, ia menjadi satu manfaat untuk manusia kita semua.

“Tidak salah menguji dan jika terbukti fake (palsu), kami bersedia untuk dihebohkan dalam mana-mana media. Kami juga yang rugi kan? Mungkin orang ramai tidak lagi membeli produk kami,” katanya.

Dalam masa yang sama, Suhaini menafikan promosi yang digunakan itu bagi tujuan mendapatkan keuntungan besar kepada produknya.

“Hendak bagi laku? RM7 sebotol bukan harga luar biasa bahkan sama harganya dengan minuman pemberi tenaga luar yang isipadu besar. Kalau nak untung besar, kami letak harga yang mahal.

“Saya sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama bagi mana mana pihak yang ingin menguji keberkesanan SiHulk dalam membasmi Covid-19.

“Apa salahnya kami? Kami telah mencuba dengan beberapa orang pesakit Covid-19 yang terbukti keberkesannya di mana pesakit segera pulih seperti sediakala,” katanya.

Sebelum itu, beliau pernah menawarkan minuman yang sama kepada pesakit Covid-19 di hospital sebagai salah satu ikhtiar kerana ia adalah tuntutan agama Islam.

Minuman SiHulk berasaskan madu lebah yang diproses mengikut ilmu falak berdasarkan kitab Melayu lama dan menghasilkan mikrob baik membantu kesihatan manusia.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan percaya produk dakwa penawar Covid-19 – KKM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Setuju jugak. Thailand pun kementerian kesihatan mereka galakkan rakyat guna rawatan herba alternatif hempedu bumi utk kurangkan kesan covid 19.
    KKM tak perlu dabik dada seolah2 ubat moden sahaja berkesan 100%. Malahan vaksin pun cuma 95% saja berkesan. Andai rswatan herba berkesan 50% pun apasalahnya kaji dahulu.

  2. Biasalah ni semua pembuat ubat/ pharmaceutical akan cantas sebab ganggu business mrk.. syarikat pharmaceutikal lebih besar dari kartel.. mrk giant & kuasai dunia.. KKM pun tunduk pd mrk.. we all should know this very well..

  3. Kat m’sia ni kalau products luar mmg disanjung sbb ada masuuuuik klu product rakyat sendiri jangan harap nk dibantu

  4. Jika ianya boleh membantu x salah mencuba..ianya sekadar ikhtiar kita selain dgn suntikan vaksin yg belum tau bila blh dpt..jika bhn2 yg terdpt dlm minuman itu meragukan pihak yg berkenaan blh la buat ujian makmal utk pastikan kesahihan bhn2 yg ada.

  5. Nilah sikap org kita suka sangat merendah rendahkan produk tmpatan kita,sewajarnya pihak berkuasa buatlah ujian makmal dan kalau memang terbukti tak mmberi apa2 impak positif yaa..keluarkanlah kenyataan yg komprihensip menidakan produk berkenaan. Mohonlah pihak berkuasa berilah galakan keatas org tmpatan kita mengetengahkan bakat bakat mereka bagi menerokai bidang2 biologi,sains dn teknolgi.

  6. dia pulak suruh kkm buat kajian.. apalagi kkm, syaratkan produk herba dlm senarai berjadual.. lau takde jgn nak lebih dr fanta grape…

  7. ini masalah pegawai2 kerajaan kerana bila rakyat Malaysia cuba membantu negara mereka pandang sepi , sepatutnya mereka membantu sebagai sebahagian kajian .Ini kerana sebahagian mereka tidak percaya tentang perubatan Islam terutama di dalam Al Quran,mereka tidak sedar bahawa ahli sains barat pun pakai cedok daripada Al Quran cuma mereka tak berani mengakui bahawa di dalam Al Quran banyak ilmu perubatan .
    Vaksin yg diperkatakan masih belum sampai dan adakah kita nak membiarkan wabak ini merebak dgn cepat tanpa tindakan pencegahan sedangkan negara yg kurang pelancong atau kemasukan warga asing pun sudah kena tempiasnya.

  8. Pengusaha la yg kena buat ujian makmal mengenai keberkesanan ubat mereka..

    Ini ko declare ubat ko penawar covid tp suruh org lain buat ujian makmal… Mentality cap ayam..

Comments are closed.