Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar turut serta menunaikan solat sunat Tahajud ketika menyertai aktiviti Qiamullail pada Program Gema Syukur 2025 di Masjid Putra, hari ini.

PUTRAJAYA –  Program Gema Syukur 2025 merupakan simbolik daripada sebahagian elemen yang digariskan menerusi Gagasan Kalimah Tayyibah yang telah dilancarkan pada 29 Ogos lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia juga permulaan bagi agensi di bawahnya untuk mengadakan program berbentuk keagamaan di negara ini.

“Kita tekad menyahut apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membentuk Gagasan Malaysia Madani.

“Dalam gagasan ini, antara intipatinya adalah masyarakat yang boleh menggunakan perkataan baik, tidak menfitnah orang lain dan menggalakkan masyarakat berkasih sayang.

“Kita percaya dalam negara wujud pelbagai perbedaan daripada segi pemahaman, pendekatan dan sebagainya, cuma diharapkan agar perbezaan ini dapat dikawal melalui adab,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Gema Syukur 2025 di sini hari ini.

Pada masa sama, sempena sambutan tahun baharu 2025, beliau juga menitipkan pesanan kepada peugas media agar dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dalam menyebarkan maklumat pada masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast