KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membina jambatan sementara di Kampung Lechar, Raub, Pahang.

Pembinaan jambatan sementara itu akan menghubungkan Perumahan Makmur Lechar dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong serta bandar Raub.

Pembinaan jambatan sepanjang 24 meter dan lebar 7.35 m (dua lorong) itu mengambil masa pembinaan lebih kurang lapan hingga 15 jam.

Facebook rasmi Kementerian Pertahanan memberitahu, pembinaannya telah bermula awal pagi tadi.

Seramai dua pegawai dan 31 anggota RAJD terlibat dalam melaksanakan pemasangan jambatan tersebut dengan diketuai oleh Ketua Skuadron Bina, 91 Rejimen Bantuan RAJD, Leftenan Kolonel Norhejeri bin Shamsudin.

Jambatan itu akan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk yang terjejas.

Pembinaan jambatan sementara itu selepas struktur jambatan sedia ada runtuh pada 3 Januari lalu akibat hakisan tanah disebabkan arus deras Sungai Dong.

Jambatan Compact Bailey 200 adalah jambatan yang dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Tentera Darat Malaysia secara guna sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast