Luke Flanagan dan isterinya Sara yang berasal dari Leeds, UK tinggal keseorangan di sebuah pulau tidak berpenghuni di Owey Island di Ireland dengan menjalani kehidupan tanpa bekalan air dan elektrik sebagai langkah mengelak dari pandemik Covid19 sejak 14 Mac 2020.Kredit: Luka Flanagan/SWNS.com

LONDON – Sejak Covid-19 disahkan jangkitan pada Disember 2019 di Wuhan China, kebanyakan negara dunia mula terjejas akibat penularannya sepanjang 2020.

Prosedur Operasi Standard kesihatan iaitu penjarakan fizikal, kerap bersanitasi dan memakai pelitup muka dilaksanakan sebagai peraturan melindungi diri dari pandemik tersebut supaya dapat dikawal.

Namun langkah pelik diambil satu pasangan suami isteri muda bagi mengelak jangkitan pandemik maut itu apabila segera berpindah ke sebuah pulau pedalaman tidak berhabitat langsung yang terletak di Irelanddan meneruskan kehidupan asas secara tradisional di sana.

Pulau itu dikenali sebagai Owey Island yang terletak di Pantai Barat County Donegal, Ireland.

Luke Flanagan dan Sara bersama dua ekor anjing mereka yang dibawa untuk tinggal di Owey Island, Ireland.

Pasangan muda bernama Luke, 34 dan Sarah Flanagan, 36, itu berhijrah ke pulau itu sebagai penghuni pertama pada 14 Mac lalu iaitu awal dua hari sebelum United Kingdom menguatkuasakan Perintah sekatan pergerakan dan penutupan sempadan sepenuhnya untuk mengawal Covid-19.

Pulau itu tidak berpenghuni langsung dan tidak mempunyai kemudahan elektrik, bekalan air dan juga gas untuk kelangsungan hidup harian.

Pasangan itu tidak mempunyai idea dan sudah merancang beberapa tahun sebelum ini mahu tinggal di satu pulau yang sunyi dan bebas sebarang gangguan dan pandemik Covid-19 telah merealisasikan impian mereka.

Persekitaran Owey Island di Ireland yang kosong sejak 1974. foto: Luka Flanagan/SWNS.com

Apa yang menarik penghijrahan mereka tidak disedari mana-mana pihak sebaliknya hanya terbongkar sembilan bulan selepas mereka berkongsi kehidupan mereka menerusi gambar-gambar survival mereka di pulau tidak berpenghuni seluas 300 ekar itu yang hanya diselubungi hutan dan lautan dikelilingnya.

Luke dan Sarah tidak berdepan masalah apabila mereka telah membawa bekalan bersama iaitu panel solar untuk menyerap cahaya matahari untuk tenaga solar bagi mendapatkan elektrik serta mengecaj telefon bimbit dan dapur, selain menakung air hujan di perigi sebagai bekalan air minuman dan memasak setiap hari di pulau itu.

Mereka juga membawa dua ekor anjing peliharaannya bersama mereka di pulau itu.

Pasangan yang berasal dari Leeds, West Yorkshire itu juga mendakwa mereka menikmati kehidupan mereka dari jangkitan Covid-19 dengan persekitaran udara dan kehijauan bersih dan selamat.

P Owey Island di Ireland dengan menjalani kehidupan tanpa bekalan air dan elektrik sebagai langkah mengelak dari pandemik Covid19 sejak 14 Mac 2020.Kredit: Luka Flanagan/SWNS.comMereka menyatakan kegembiraan menjalani hidupan tradisional dan asas dengan memancing ikan ‘Pollock’ yang kaya dilautan itu, mengembara alam semulajadi, menebang pokok tumbang dan kayu kayan di hutan, bercucuk tanam serta menternak ayam untuk mendapatkan telur bagi zat protein.

“Bayangkan kami tak perlu risau atau bimbang mengenai penjarakan fizikal, kesesakan manusia di sini, bebas dari segala masalah Covid-19 menikmati kehidupan yang tenang.

“Kami berjalan mengembara di pulau ini dengan menanam makanan sendiri dan mempelajari kemahiran baharu survival kehidupan.

“Bukan semua dapat peluang ini tapi kami bersyukur dan menikmati sepenuhnya penganugerahan oleh tuhan,” katanya.

Pulau itu mempunyai beberapa hartanah yang dibangunkan manusia seperti sekolah dan kedai dengan dua jalan lurus memisahkannya tetapi tiada penghuni langsung.

Pasangan ini tinggal di sebuah cottage kecil menggunakan kayu dan arang menghidupkan api, mengumpul air hujan menggunakan perigi untuk minum, mencuci pakaian, botol gas untuk memasak dan panel solar untuk mengecaj dan mendapatkan elektrik dengan tenaga cahaya matahari.

Kata Luke, oleh kerana kehidupan itu bagai cara tradisional dia juga mempelajari teknik mengeringkan hasil tangkapan dan disetorkan sebagai bekalan tambahan.

Sara (dalam gambar) dan suaminya Luke Flanagan yang berasal dari Leeds, UK kini menetap di sebuah pulau tidak berpenghuni di Owey Island di Ireland.

Satu-satunya cara mereka keluar dari pulau berkenaan adalah menerusi kapal layar ke pulau bersebelahan yang terletak kira-kira tiga setengah batu yang menghubungkan dengan tanah besar menerusi jambatan.

Kali terakhir pulau itu berpenghuni adalah pada tahun 1974 dan terus terbiar lebih 46 tahun dan bermula Disember lalu ia mula melihat kehadiran semula beberapa penduduk.

Namun kata Luke, penduduk berkenaan akan meninggalkan pulau berkenaan selepas musim luruh melanda pulau itu nanti dan tiada sesiapun menduduki pulau berkenaan pada musim sejuk sejak 46 tahun lalu.

Mereka tidak berdepan masalah isyarat telekomunikasi dan mudah berhubung dengan keluarganya di Leeds, UK mengemaskini perkembangan survival mereka di pulau tidak berpenghuni itu.

Pemandangan indah Owey Island di Ireland.

“Kami mempelajari banyak perkara berfaedah untuk kehidupan yang asas tanpa memerlukan barang yang banyak seperti kehidupan penuh sesak di bandaraya metropolis dan megalopolis di UK dan serata dunia.

“Kami mengenal erti hidup dengan melangsungkan kehidupan menggunakan apa yang ada di sini berbanding apa yang perlu dibeli untuk survival hidup di pulau ini,” kata Luke dan Sara.- MalaysiaGazette