Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangannya berhubung kes jangkitan Covid-19 di rumah panjang, dekat Sarawak.
”Ini adalah ketakutan terbesar kita di kawasan luar bandar dan kita perlu meningkatkan langkah-langkah kesihatan awam kita dan melindungi negeri, daerah dan masyarakat.
“Nampaknya semua lapan rumah panjang di Pasai Siong dan kawasan sekitarnya akan diletakkan di bawah sekatan pergerakan selama 14 hari,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter.
Sebelum ini Borneo Post melaporkan kes di situ dikesan selepas seorang wanita pulang ke rumah panjangnya dari Johor  untuk menghadiri upacara pengkebumian ayahnya pada 29 Disember lalu.
Terdapat lapan rumah panjang yang terjejas iaitu Jelian Nayor, Langi Ambau, Pom Maja, Ringgit Unchu, Nyanggai Alok, Kelly Chundau, Nyambong Ajon dan Jeram Empin. – MalaysiaGazette