Seramai 759 individu ditahan polis semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 528 individu semalam atas kesalahan mengingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu hanya tiga orang direman untuk tindakan siasatan lanjut.

“Manakala 525 lagi dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Akta 342 kerana tidak mematuhi PKP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (203), tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101),
gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain ( dua kesalahan),” katanya dalam kenyataan pelaksanaan PKP harian petang tadi.

Justeru kataya, menurut Ismail Sabri, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis setakat ini telah membuat 31,155 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mengikut pecahan katanya, sebanyak 2,946 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,581 anggota telah membuat pemantauan di 2,946 pasar raya, 3,453 restoran serta 347 penjaja, 1,390 kilang, 2,540 bank dan 347 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 679 terminal pengangkutan darat, 139 terminal pengangkutan air serta 54 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Menyentuh mengenai kawalan sempadan negara membabitkan Operasi Benteng melibatkan PDRM , Angkatan Tentera Malaysia, APMM dan AKSEM mengawal ketat sempadan negara dari dibolosi dan semalam seramai 38 pendatang asing telah berjaya ditahan setelah menceroboh masuk negara tanpa dokumen.

“Pasukan yang sama turut merampas tiga buah kenderaan darat yang disyaki digunakan untuk mengangkut dan menghantar mereka ke dalam negara secara menyalahi undang-undang,” katanya.

Sebanyak 111 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan pecahan 45 sekatan jalan raya Op Penawar (ATM, PDRM dan RELA), 57 SJR Op Benteng PDRM dan sembilan sekatan jalan Op Benteng AKSEM.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegas beliau.-MalaysiaGazette