Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memberi penjelasan berhubung status penerimaan vaksin pada Februari ini.

Ini kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan negara miskin dijangka menerima vaksin pada hujung Januari ini sedangkan Malaysia mendapat bekalan pada bulan depan, soal Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan

“Apa maksud WHO negara miskin dijangka terima vaksin hujung bulan Januari 2021? Apa maksud atau status Malaysia yang terima vaksin bulan Februari 2021?

“Sekali lagi saya harap Kabinet Malaysia yang diketuai oleh MuhyiddinYassin agar segerakan vaksinasi Covid19 kepada rakyat,” katanya dalam hantaran terbaru di Twitter hari ini.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan WHO mengesahkan negara miskin di dunia akan menerima dos pertama vaksin Covid-19 antara hujung bulan ini hingga pertengahan Februari.

Pengarah Jabatan Imunisasi WHO, Kate O’Brien berkata melalui usaha perolehan dan pengedaran vaksin melalui perikatan global, COVAX untuk mendapatkan dua bilion dos.

Katanya, COVAX sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin WHO mensasarkan untuk memastikan 20 peratus daripada populasi di setiap negara disuntik dengan vaksin menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya lagi, sebanyak 92 negara ekonomi berpendapatan rendah dan sederhana terbabit dalam skim ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bentang belanjawan pun dah dekat bulan 12, itu pun sampai ugut mengugut, macam mana nak tempah vaksin awal. Nak segera macam mana, WHO kata jangan hendak potong Q, ikut perjanjian NDA lah dengan Pfizer. Negara Amerika dan UK yang dapat awal pun tak surut Covidnya. Yang penting ikut SOP jangan nak sibuk PRU sahaja.

Comments are closed.