KUALA LUMPUR – Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuatkuasa 11 Januari 2021.
Sebelum ini beliau adalah Ketua Pegawai Pelaburan TH dan berpengalaman lebih 27 tahun dalam industri pelaburan tempatan dan luar negara.
Seorang Penganalisis Kewangan Bertauliah, Mohamad Damshal  juga adalah bekas anggota TH, berkhidmat sejak 1999 – 2003 dalam perancangan korporat dan mengetuai pengurusan pelaburan pendapatan tetap.
Mohamad Damshal Awang Damit
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof berkata, TH mengambil kira pengalaman dan kepakaran anggota dalamannya untuk menyandang jawatan dalam pengurusan kanan, selari
dengan Pelan Rancangan Penggantian yang sedang dibangunkan.
”Dengan pelantikan Mohamad Damshal, Pengurusan Kanan TH yakin kepakaran beliau dalam aspek pelaburan dapat membantu TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan dari wabak Covid-19. TH,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast