KUALA LUMPUR – Palaksanaan darurat bukan jawapan tepat bagi menangani penukaran Covid-19 malah ia boleh disifatkan sebagai langkah terburu-buru.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, memandangkan ia telah diisytiharkan maka kerajaan diminta melibatkan pembangkang dalam menggangotai tabdir urus dan hala tuju negara.
Katanya, ini kerana rakyat masih lagi keliru dengan rancangan melindungi kebajikan ekonomi yang membabitkan bantuan tunai dan moratorium untuk golongan terjejas.
“Pertama, kerajaan haruslah memanggil blok pembangkang untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi memastikan urus tadbir dan hala tuju negara akan bergerak dengan lancar dan stabil.
“Kerajaan harus bertindak adil dan saksama dengan pembangkang kerana darurat yang diisytiharkan secara rasmi ini adalah bertujuan untuk melawan wabak pandemik Covi-19. Juga bentang rancangan lindungi kebajikan rakyat.
“Walaupun perlaksanaan PKP ini hanya dibuat selama 14 hari, saya jangka tempoh ini akan dilanjutkan. Malah, pengisytiharan darurat sebentar tadi menyakinkan saya bahawa ia akan berlanjutan sehingga Ogos 2021,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurut Syed Saddiq, walaupun pembangkang tidak mahu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan kerana ketidaktentuan krisis kesihatan dan ekonomi namun masalah tersebut tidak hanya boleh dicapai dengan mengisytiharkan darurat.
“Kerajaan seharusnya fokus dan segera laksanakan pelan untuk menghadapi krisis dan darurat bukan jawapan yang tepat.
“Namun, ia sudah diisytihar pada pagi tadi. Maka, kerajaan harus segera terima gesaan dan panggil pembangkang untuk terlibat sama dalam urus tadbir negara.
“Saya harap keluh kesah rakyat akan dapat diredakan dengan segera oleh kerajaan,” katanya. -MalaysiaGazette
Walaupun di blok pembangkang rasanya tidak salah untuk menyokong kepimpinan Muhyidin sebagai PM dibandingkan anda menyokong Anwar sebagai PM.
Boleh tapi asalkan jangan libatkan si saddik serigala ni la, bukan apa takut nanti penuh pulak peti besi dengan duit duit rakyat