ADN Kota Anggerik Najwan Halimi mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh.

SHAH ALAM – Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menyampaikan bantuan makanan asas kepada 1,000 keluarga mangsa banjir di Temerloh, Pahang pada Ahad lalu.

Inisiatif itu dilakukan dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang diwakili oleh 30 sukarelawan.

Najwan berkata, proses serahan bantuan diselaraskan dengan kerjasama PKR cabang Temerloh dan AMK Pahang.

“Tujuan kita untuk menyantuni dan mengurangkan beban yang ditanggung mangsa banjir.

“Walaupun berbeza negeri ia tidak menghalang kita meneruskan sumbangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain bantuan makanan diberikan, Najwan turut menghulur barangan sumbangan daripada orang ramai termasuk pakaian, tuala wanita dan lampin pakai buang bayi.

Sebanyak 11 kenderaan pacuan empat roda menyertai misi konvoi bantuan mangsa banjir ke Temerloh itu.

Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast