Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang warga Malaysia yang tinggal di New Zealand, Muhammad Ehsan Zakaria, 24, meninggal dunia jam 7.30 malam waktu tempatan akibat lemas semasa beriadah bersama beberapa orang rakan beliau di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Auckland.

Katanya, mayat mangsa telah dipindahkan ke Hospital Dunedin bagi proses bedah siasat.

“Pihak keluarga mangsa telah dimaklumkan atas kejadian tersebut dan pihak Suruhanjaya Tinggi akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada pihak keluarga mangsa,” kata kenyataan itu.

Suruhajaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan trakziah dan simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.