Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the latest development Covid-19 outbreak in Malaysia. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 19 JANUARY 2021. positive cases clusters
Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the latest development Covid-19 outbreak in Malaysia. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 19 JANUARY 2021.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menilai semula keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengurangkan kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya perlu melihat impak pelaksanaan perintah itu dalam tempoh dua minggu ini sebelum melanjutkannya untuk dua minggu lagi.

“Walaupun kita telah menjalankan PKP 2.0 pada 13 Januari lalu, tetapi kesan PKP ini masih belum kita dapat lihat. Jangkaan kita mungkin dalam tempoh dua hingga tiga hari ini kes akan semakin meningkat.

“Unjuran kita 1.1 R naught (RO), jadi kes itu adalah kurang daripada jangkaan kita, tapi sekarang lebih daripada 1.2, jadi kita harapkan dalam tempoh seminggu lagi kita akan lihat kes itu stabil.

“Mungkin 3,000 ataupun sebelum kita lihat impaknya atau pengurangan kes selepas PKP yang kita jalankan untuk tempoh dua minggu dulu.

“Kita mungkin akan menilai semula selepas dua minggu sama ada kita perlu lanjutkan PKP untuk dua minggu lagi,” katanya pada sidang media harian di KKM, hari ini.

Dalam pada itu, KKM juga akan menilai kes kebolehjangkitan dalam tempoh dua hari akan datang sebelum memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) PKP untuk tujuh hari akan datang.

“Kita perlu memperketatkan PKP walaupun kita lihat sektor ekonomi tapi kita kena imbangkan sektor ekonomi dengan pelaksanaan PKP.

“Kita lihat perkembangan untuk tempoh sehari dua lagi sebelum kita memperketatkan PKP.

“Kita dapati kes-kes jangkitan sejak dua tiga hari lepas dan juga akan datang adalah hasil daripada pendedahan sebelum PKP dijalankan,” jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada segelintir individu panik dengan banyak kes dijangkiti Covid-19 dan tidak mempunyai gejala.

“Walaupun tiada gejala tapi ada risiko, jadi kita akan masukkan mereka ke MAEPS Serdang dan sebagainya untuk pemantauan seterusnya.

“Kita akan jalankan penilaian risiko dan Covid-19 Assesment Centre atau CAC akan membantu dari segi memberi nasihat dan pemantauan mereka di rumah, ini tindakan baru jadi kita akan mantapkan pemantauan di rumah,” katanya.

Beliau juga menasihatkan individu yang dijangkiti Covid-19 dan tidak mempunyai gejala agar diasingkan di rumah dan memastikan rumah itu sesuai untuk tujuan kuarantin.

“Walaupun risiko rendah dan tidak bergejala, kita juga akan tempatkan ke MAEPS.

“Kalau rumah itu sesuai kita akan nasihatkan mereka duduk di rumah, sebolehnya ada bilik air dan amalkan penjarakan fizikal, jauhkan daripada ahli keluarga supaya tidak menjangkiti mereka.

“Kalau boleh tidak ada pelawat ke rumah tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette