Berita Mohamed Azmin Ali yang menyertai gotong-royong di Pengerang dilaporkan Bernama, semalam.

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan menteri yang menghadiri beberapa program dan melakukan rentas negeri pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketuanya, Akmal Nasir mendakwa tindakan itu membuktikan berlakunya pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berbeza dalam kalangan golongan tertentu dengan rakyat.

Ini juga, ujar beliau, akan mengelirukan rakyat.

“SOP dalam pelaksanaan PKP sejak awal ia diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sering kali bertukar-tukar dan mengelirukan banyak pihak.

“Lebih mengeruhkan keadaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat apabila pelaksanaan SOP dilihat berat sebelah dan hanya dikenakan kepada rakyat manakala menteri-menteri dilihat bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti yang melanggar SOP itu sendiri,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau dipercayai merujuk tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke Pengerang, Johor pada 17 Januari lalu bagi menghadiri satu program.

Malah netizen turut mempertikaikan tindakan itu yang disifatkan melanggar SOP PKP di beberapa buah negeri untuk mengawal penularan Covid-19.

Justeri Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menggesa agar SOP berkaitan PKP dilaksanakan tanpa ada perbezaan.

“SOP yang tidak jelas dan ditambah dengan layanan istimewa kepada menteri dalam pematuhan SOP perlu dihentikan.

“Janganlah pengorbanan rakyat yang terkesan teruk akibat PKP terutamanya dari segi pendapatan dan kehidupan disia-siakan dengan amalan dua darjat ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa benda la korang ni..tuan dap dah tak bg tulang ke nak jilat..dah xde is nak cari name ke?
    Dah seperti anjing kebulur..

Comments are closed.