TONGOD – Bangkai seekor gajah pygmy ditemukan dengan anggota badannya dipotong manakala kulitnya disiat di sebuah ladang sawit dekat sini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

“Bangkai gajah itu juga mempunyai kesan tembakan dan tetakan…turut ditemukan bahagian-bahagian badannya seperti kepala dan gading kecuali belalai.

“Bedah siasat telah dilakukan oleh sepasukan petugas daripada JHL dan menemukan beberapa biji peluru,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Tuuga berkata JHL sedang menyiasat motif pembunuhan, antaranya sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pemburu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast